Assalamualaikumm..

Thursday, April 29, 2010

cheesetart blueberry

100 biji (4 set) tempahan dari Ira ,Ira dh selalu menempah
cheesetart ni.Terima ksh banyak2 kerana sudi
menempah ngan akak.

Kek coklat


2 biji kek coklat moist di tempah oleh
kawan2 anak ku.

Saturday, April 24, 2010

Cupcake Anniversary

Tempahan dr Norjulisda yg ada kt Putrajaya utk di
hantar pd pasangannya Mohamad Azfar yg ada di Bt.Gajah
sempena Annivesary yg ke 5.Semoga berbahagia selamanya
dn berkekalan ya..
Terima ksh kerana menempah kalau ada kekurangan
maaf ya..kalau sudi tempah la lg sempena hari ibu tak
lama lg.

Kek span n Cupcake


Friday, April 23, 2010

kek coklat n karipap

ni buat pd mggu lepas utk anak yg berada di PLKN Segari,
anak yg minta buatkan lama x mkn katanya,kesian lak
tu yg buat utk dia n kwn2nya di sana,kita yg dekat ni
mana yg dpt msk kn la apa yg patut bukan semua
ibubapa dpt melawat selalu.
Kalau ada sesiapa teringin nk oder karipap boleh juga
inti daging,ayam n sardin.

Monday, April 5, 2010

Kek steambuttercream(wedding)

Hantaran dr steambuttercream.Semua ni
hantaran yg aku buat utk pertunangan
anak sedara aku Ayin.Sebenarnya
ada cerita masa aku mendeco kek2 ni.
Tengah asyik nk mendeco tup2 gelap
letrik tak de terpaksa la aku mendeco
dlm gelap tu yg senget la,terlanggar la
tak kn aku nk tunggu sampai letrik
ada ntah pukul berapa,jd aku teruskan juga
mendeco kek ni dn cupkek.Nasib baik
anak sedara punya ada la execuse sikit,
tu pun aku mohon maaf banyak2 ngan dia.
Tempat tinggal aku selalu sgt buat hal
geram betul ..tarif letrik nk naik je tapi
bekalan selalu terputus.
Kalau ada sesiapa yg nk menempah
kek steam buttercream ni di persilakan
hubungi saya. Kek ni amat sesuai utk
hantaran.

Hantaran Cheese tart blueberry n strawbery

Hantaran kek lapis

Hantaran kek lapis coklat

Fondant cupcake

ni fondant cupcake tempahan dr Ila (pihak perempuan)
gift utk tetamunya.
minggu lepas aku busy betul ngan tempahan
cheese tart dr adik beradik aku,sempena
pertunangan anak sedara aku ayin
ngan org Pasir Salak.Cuti sek ari tu aku ada
buat utk adik beradik aku dh rasa sedap
tu yg suruh buat lg.
8 set trmasuk hantaran,kek 2 jenis

Sunday, March 28, 2010

Cantik tak patong dr gum paste ni.
di ajar oleh zai(sy cuma bantu sikit2 je)
Kwn2 yg dt ke kelas jgn jeoulus..ek..jgn mare..

ni antara hasil kerja kami.Cantik2 kwn kita punya ya.

kelas gum paste

hari sabtu gi kelas gum paste ngan zai,ni gambarnya tp ada
kurang sikit sbb accident dlm keta jd ada yg patah
sedih....seronok g kelas bukan saja belajar tp
dpt kwn baru dn jumpa kwn lama.Seronok dpt
bkenalan ngan kak ani,jue,suzi,suriyati dn kwn lama
sis lea.Kelas jd riuh rendah dgn karenah masing2.
Terima kasih tak terhingga pd zai kerana
sudi mencurahkan ilmu dan melayan karenah
kami lebih2 lg kak sue ni..Harap silaturahim
antara kita semua berpanjangan..amin..

Tuesday, March 23, 2010

Kek Anniversary

Tempahan dari fatin utk Anniversary mak n ayahnya yg
ke 23,happy anniversary kak Asmah.moga berbahgia selalu.
Terima kasih fatin kerana sudi menempah moga puas
hati

Thursday, March 18, 2010

cheesekek tanpa freshcream utk mkn2
2 set dr...ala x ingat pulak nama ,maaf ya tergaring
sikit sebekas 2,dgrnya jauh juga bjln cheese tart
ni ke johor.Harap puas hati.Terima ksh
pd yg sudi menempah dgn saya.
tempahan dr nany ,sedap katanya sekejap je licin
2 tempahan kek pd cuti sekolah ni blueberry cheese kek
dan kek coklat ,jauh kek ni bjln dr ipoh ke kl dn dh
selamat pun.Happy birthdy sufi.

blueberrycheese kek

Sunday, March 7, 2010

Tempahan dari kawan ku Ann utk kenduri tahlil,
terima kasih kerana sudi menempah .Alhamdulillah
dlm cuaca yg panas sgt ni aku mampu menyiapkan
tempahan.walau tak seberapa aku bersyukur
masih ada rezeki ku.Semalam buat cupcake utk
biras ku yg buat kenduri lepas pantang dh letih
sangat lupa pulak nak ambil gambar.