Assalamualaikumm..

Sunday, September 30, 2012

CUPCAKE ANGRYBIRD

Ila dr bt.Gajah menempah utk anak sedaranya yg menyambut birthday yg pertama.Terima ksh ila,cupcake ni di bawa ke Lumut.

PAKEJ MENARIK UTK KEK KAHWIN 2 TINGKAT DAN 3 TINGKAT
   
Sesiapa yg berminat dgn pakej menarik ini boleh call atau msj saya.Tawaran hanya utk bulan 11 dan bulan 12.Cepat2 sebelum terlambat.

CHESSETART

Ceesetart campur blueberry n strawberry tempahan atie regular customer.

KEK HANTARAN(FONDANT)

Kek fondant hantaran dr Ju Tak pasti utk siapa lupa pulak nk tanya hehehe.terima ksh ju selalu gak tempah ngn akak.

CUPCAKE HANTARAN

Kak Siti dr Silibin memenerima tempahan gubahan hantaran menempah cupcake utk hantaran customer kak siti.Mudah2an selepas ini ada peluang kita berurusan lg.

CUP CAKE BITRHDAY

Pilihan anak Ikin Unisem.Nak cupcake ada piano dn bentuk hadiah bentuk yg lain tu sy tambah2kan..mcm2 idea budak2 skrg lbh kreatif dr kita.Syukur ibu dan anak suka sgt2..

Ini pula dari Nurul Unisem juga kwn Ikin utk adiknya.Cantik kata Nurul ..harap2 adik Nurul pn suka..terima ksh sb jd pelangan setia akak.

Wednesday, September 19, 2012

KEK ANGRY BIRD


Kek angry bird pilihan Dayana Ulu Kinta utk sambutan hari jadi yg pertama Kamil Alrian pd 15hb Sep.Terima ksh Dayana kerana amat berpuas hati..kwn2 dayana kata sedap dan cantik sgt deco kek ni.Alhamdulilah yg penting pelanggan berpuas hati.
Harap2 lps ni sudi menempah lagi..

KEK DORA

Kek Dora tempahan Sya dari Tmn Anda utk puteri kesayangan Nurdamya juga utk ayahnya.Ini kek span coklat pilihan Sya.Terima ksh Sya dh 2 x tempah ngn akak.

MUFFIN

100 bj muffin dari kak su kwn satu teman.Terima kasih kak selalu tempah dgn sue..

KEK RUSIAN BLACK N WHITE


Kek russian black n white dan 25 bj cupcake utk hantaran dari Nurul Izza utk majlis pernikahannya pd 15hb sept.majlis berlangsung di Seri Iskandar.Semoga Izza puas hati,kek tu Izza nak simple je.Terima ksh Izza selamat penganting baru semoga berkekalan ke akhir hayat,maaf akak x dpt nak menghadiri majlis Izza sbb akak banyak jemputan dan tempahan x sempat nak lari ke tepat Izza,terima ksh atas jemputan.

Tuesday, September 18, 2012

KEK BIRTHDAY (REDVELVET)

Kek redvelvet tempahan Lya Bt.Gjh utk besday anak kesygan yg ke 2 thn,thn lps Lya tempah kek barbie thn ni redvelvet lak.thanks Lya harap puas hati.

KEK ITALIAN RAINBOW

Kek italian rainbow pilihan syafikah..cuma nak krim pd layer kek dan atas kek aje,dh 2 kali syafikah tempah kek italian ni..thanks fikah..

Sunday, September 9, 2012

KEK KAHWIN 2TIER DAN CUPCAKE





Shida dari puchong menempah utk anak saudaranya yg melangsungkan perkahwinan di Ulu kinta kalau x silap tp kek ni di hantar ke rumah mak Shida di Bt 6 tambun ,majlis di rumah mak Shida ni utk ahli keluarga terdekat.Shida tumpang sekali utk annivesarynya yg ke berapa x pasti..apa2 pun selamat pengantin baru pd pasangan Shafiq dan Sarah,happy annivesary semoga berkekalan dan bahagia sentiasa utk Shida dn husband.terima ksh banyak2 Shida sbb percaya dgn akak.Alhamdulilah..
Kalau tengok banyak kek kahwin atau hantaran yg di tempah mempunyai deco spt cacing ,ini ada lah permintaan pelannggan sya sbb mereka kata cantik buat mcm tu,ada pulak minta letak rama2.

KEK SUPERMAN

Kek Superman pilihan Ely dari Ulu kinta utk celeberet besday kawannya Syahid ,menurut ely kwn dia ni memang peminat superman,setiap brgnya pasti ada lambang superman tu yg dia minta saya buat kek berbentuk lambang superman .ely minta kek redvelvet + butterkrim,nak amik cheesekrim kwn2nya ada yg x mkn cheese tp kek ni dgn butterkrim pn ok...Alhamdulilah ada juga rupanya..terima ksh Ely sbb puas hati dn suka dgn kek ni.harap2 nnti ada oder lagi.

KEK COKLAT MOIST

Kek coklat moist dari Linda regular customer jugatempah utk besday anak saudaranya,minat sgt dgn deco mcm ni,ada rumput,rama2 n kumbang..setiap kali dia tempah mesti nk mcm mana.terima ksh yer selalu tempah dgn akak.

CHEESETART

2 set cheesetart dar Azlina Bercham(maaf la guna gambar yg sedia ada)
terima kasih Azlina.
Terima kasih juga pd pelanggan yg sentiasa memberi sokongan pd saya seperti Shikin dari Kpj dan kawan2 yg selalu menempah cheesetart dan lain2 kek dari saya,juga pd Atie dan suami dan bosnya yg selalu juga menempah dgn saya lebih2 lg masa bulan puasa,cuma gambar saya terlupa nak upload,agak sibuk dgn kerja melapis kek lupa pulak nak upload gambar.
terima kasih juga kepada juliana n suami Ghani yg banyak menempah kek lapis tapi gambarnya saya x uploada lagi tgh cari kt fail mana ia menyorok hehehe..nnti dh jumpa saya upload yer..

Saturday, September 8, 2012

PELBAGAI JENIS KEK YG BOLEH DI TEMPAH

KEK ITALIAN RAINBOW
KEK RUSSIAN BLACK N WHITE
KEK RED VELVET
KEK ROYAL KARAMEL
CHEESEKEK
KEK INDULGANCE
Antara kek yg boleh anda tempah utkmkn,majlis,hantaran dn sebagainya cuba lah kek yg sedap..insyaallah..

Saturday, September 1, 2012

KEK COKLAT MOIST TOPPING DAN PAVLOVA


Pavlova saiz besar dan kek coklat moist topping pilihan Sabariah dari Cemor utk hidangan tetamu yg dtg beraya di rumahnya pd 31hb ogos.terima ksh .

CUPCAKE

Ini pula cupcake tempahan Farah kwn Asmidar yg tempah kek kahwin pd Raya ke 3,tp gambar cupcake ni di upload mas belum siap deco sudahnya bila dah siap mendeco lupa pulak.Maaf yer Farah.Farah nak krim yg sama dgn kek kahwinnya thn lepas,krim sedap kata Farah..terima ksh harap memenuhi citarasa.

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake tema pink utk pertunangan Shahida dr Simpang Pulai pd 31hb Ogos.

KEK KAHWIN 2 TIER



Nurul jannah Sg.Rokam ,kek span coklat 2 tier pilihan Nurul sebelum tu Nurul menempah 6obj cheesetart blueberry + strawberry.Terima kasih,alhamdulilah Nurul kata sedap..syukur pd Tuhan dia atas rezeki yg di limpahkan pd saya .Biar pn terlalu banyak dugaan namun saya percaya Allah tidak akan menghampakan hambanya yg berusaha dan berserah pd Nya..biar lah org nk buat apa pd saya ,hanya Dia yg lebih mengetahui akan segalanya.
Saya mendoaka semoga pasangan yg menempah dgn saya beroleh kebahagiaan dunia dn akhirat semoga berpanjangan jodoh mereka.Terima kasih krn percaya pd saya yg mencari rezeki demi keluarga dan anak2.Alhamdulilah..mungkin ada kekurangan dan kesilpan di pihak saya pd tempahan anda jd saya memohon ribuan kemaafan kerana sy telah cuba buat yg terbaik utk anda.

KEK HANTARAN


Ini pula dari Nurul tempahan utk pertunangannya pd 25hb,nurul tempah utk hantaran darinya dn utk lelaki sekali.tak sangka lak Nurul tinggal 1 tmn dgn saya lorong belakang je.terima ksh Nurul,katanya sedap .alhamdulilah syukur bila pelanggan puas hati.Harap2 kahwin nnti boleh oder lg.

KEK KAHWIN 2 TIER (RED VELVET)


Lagi kek tempahan masa raya,ni raya ke 5 kalau x silap kek redvelvet 2 tier dn 200 kpg fancy cookies utk vip tp lupa pulak nk upload gambar fancy cookies tu.majlis berlangsung di Dewan Sppk .terima kasih Fina.